Monday, March 23, 2009

Rukunnn...

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


-----------------------------------------------
Mengucap dua kalimah syahadah

----------------------------------------------

PENGERTIAN KALIMAH

-Terjemahan dua kalimah syahadat

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Nabi S.A.W bersabda:
"Islam dibina di atas lima perkara pokok; bersaksi tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan" (Hadis Riwayat Bukhari)

-Perbezaan syahadah berbanding dengan rukun lain

(i) boleh menukarkan seseorang daripada bukan Islam kepada Islam
(ii) menjadi asas kepada rukun Islam yang lain
(iii) merupakan asas untuk masuk syurga

-Pengertian kalimah syahadah

mengenal pasti apakah peranan yang mesti dilakukan oleh orang yang mengucap dua kalimah syahadah terletak pada dua perkataan yang ada di dalam kalimah syahadah.



ASYHADU (saya naik saksi)

al-Syahadat yang dibuat di dalam mengucap dua kalimah syahadat itu bererti:
(i) mengetahui
(ii) menerangkan
(iii) menjelaskan

sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan SAKSI, kerana dia memberitahu dengan apa yang dia tahu

penerangan dan penjelasan sesuatu perkara kepada orang lain boleh dibuat melalui perkataan atau perbuatan anggota-anggota

maka, al-Syahadat juga mengandungi pengertian:
(i) ikrar
(ii) iktiraf
(iii) iktikad

maka nya, tanggungjawab kita sebagai pelafaz dua kalimah syahadat ini bukan sekadar lafaz sahaja tetapi mestilah membawa erti di dalam kehidupan yang bermakna:

SAYA MENGETAHUI SAYA MENERANGKAN, SAYA MENJELASKAN, SAYA BERIKTIRAF, SAYA BERIKTIKAD DAN SAYA BERIKRAR DENGAN SELURUH ANGGOTA SAYA BAHAWA TIADA TUHAN KECUALI ALLAH



ILAH (Tuhan)

Tuhan yang disembah tiada lain selain-Nya

Namun, dalam keadaan sedar atau tidak tiap-tiap sesuatu yang disembahkan oleh manusia, sama ada yang berhak disembah atau tidak, merupakan tuhan kepada orang itu.

Contohnya: menyembah pangkat, harta, keturunan dan hawa nafsu

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Jasiyah, ayat 23:

"Tidakkah engkau melihat ada orang yang menjadikan nafsunya itu Tuhan?"



APA ERTI MENYEMBAH?

Menyembah dan yang disembah berasal dari perkataan ibadah

Bererti:
(i) taat
(ii) patuh
(iii) kasih sayang
(iv) memperhambakan diri dengan melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang

Firman Allah S.W.T dalam Yasin ayat 61:

"Tidakkah aku telah janjikan kepada kamu wahai manusia supaya tidak kamu menyembah syaitan?"

menyembah syaitan dengan melakukan maksiat kepada Allah

Firman Allah S.W.T dalam al-Baqarah, ayat 21:

"Wahai manusia sembahlah Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu..."

bererti mesti mengikut syariat dan hukum-hukum Allah dengan kepatuhan dan perhambaan diri

Maka, sedarlah kepada sesiapa yang patuh kepada kehendak nafsu, harta, pangkat dan sebagainya, sehingga lupa kehendak Allah dan rasul-Nya bahawa pengucapan dua kalimah syahadat sebenarnya bukanlah melalui lidah sahaja, tetapi dengan semua anggota. Jika tidak, ucapan dan penyaksian itu amat diragui kebenarannya.



"SAYA NAIK SAKSI BAHAWA SESUNGGUHNYA NABI MUHAMAD ITU PESURUH ALLAH"
Ungkapan tersebut bererti menerima kenabian Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah dan menerima apa sahaja yang dibawa dan dijelaskan oleh baginda.

Penerimaan kenabian itu dibuat melalui dua saluran:
(i) lidah dengan penjelasan dan penyaksian tadi
(ii) perbuatan dengan mengikut apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w


-Syarat dan sikap kesaksian ke atas Nabi:

(i) Penerimaan ajaran

Penerimaan secara mutlak dan sempurna apa yang dibawa oleh baginda dengan kepatuhan yang sepenuhnya terhadap apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang tanpa perasaan sempit dada dan menyusahkan di dalam semua perkara yang dibawa dan tidak boleh disebahagiankan.

Boleh rujuk firman Allah S.W.T dalam surah:
(a) al-Imran: 132
(b) Nisa': 59 dan 80
(c) al-Hasyr: 7

Jelas dan nyata dalam keempat-empat ayat tersebut tentang taatkan Rasul dengan mengamalkan apa-apa yang dibawanya merupakan satu kewajipan ke atas orang Islam


(ii) Kasih kepada Rasul

mestilah berada di tempat yang paling tinggi. kalau tidak, keimanan seseorang masih belum sempurna

Hadis Riwayat Muslim:

"Tidak beriman seseorang itu sehingga aku ini lebih dikasihi di sisinya daripada keluarganya, hartanya dan manusia seluruhnya."

Mengikut riwayat lain pula, Baginda menyebut;

"Tidak beriman seseorang itu sehingga aku ini lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya."

Selain itu, keredaaan Allah dan Rasul-Nya hendaklah diutamakna berbanding dengan keredaan dan kepentingan yang lain.

Boleh rujuk surah al-Taubah, ayat 62.

Maka nya, seseorang yang faham kedudukan ini tetap menghormati Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikutinya walaupun merugikan kehendak peribadi, keluarga dan seterusnya, hanya kerana kasihkan Rasul itu.

(iii) Tidak menghina Rasulullah s.a.w.

menjauhkan diri daripada apa-apa sahaja percakapan atau perbuatan yang boleh menyakiti Nabi s.a.w. atau perkara-perkara yang boleh menghinanya.

Rujuk surah al-Ahzab: 53 dan al-Taubah:61


PENGHINAAN YANG PALING UTAMA

Sebesar-besar penghinaan ke atas baginda ialah:
-menyakiti dan menghina Nabi s.a.w.
-menolak apa yang dibawa oleh baginda, sama ada semua sekali atau sebahagiannya atau sebahagian kecil

Orang yang berbuat penghinaan itu akan menerima akibatnya:
-surah al-Fath: 17
-surah al-Ahzab: 36

maka dengan itu bahagian kedua mengucap dua kalimah syahadat ini bererti:

SAYA TAHU, SAYA JELASKAN, SAYA IKTIRAF, SAYA BERIKTIKAD DAN SAYA BERIKRAR MELALUI LIDAH SAYA, PERBUATAN SAYA DAN SEGALA GERAK-GERI ANGGOTA SAYA BAHAWA NABI MUHAMMAD S.A.W. ITU IALAH UTUSAN ALLAH YANG MESTI SAYA MENERIMA DAN TAATI SEGALA PERINTAHNYA DENGAN SENANG HATI


KESIMPULAN

kedua-dua bahagian di dalam mengucap dua kalimah syahadat itu melibatkan semua anggota, bukan setakat mulut sahaja



--------------------------------------------------------
Sembahyang Lima Waktu
--------------------------------------------------------

PENGERTIAN SOLAT

  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.
WAKTU SEMBAHYANG


Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu

  • Zuhur
  • ‘Asar
  • Maghrib
  • ‘Isya’
  • Subuh

  • telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”

  • Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

    1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

    2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.

    3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

    4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

    5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.


WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT

  • Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:

    1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

    2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.

    3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

    4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.

    5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.

  • Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

    1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

    2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.

  • Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

    1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

    2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

    3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

    4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

  • Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.



----------------------------------------------------------
Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
----------------------------------------------------------

Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya; Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai-mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa


Berpuasa rupa-rupanya boleh mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada Tuhannya yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.


Puasa bulan Ramadan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah. Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T :

Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.


Tatacata dan peraturan berpuasa juga diterangkan secara langsung di dalam ayat berikutnya (al-Baqarah:184). Bagi tidak membebankan umat Islam melaksanakan ibadat ini, Allah S.W.T. memberikan keizinan dan pelepasan kepada orang-orang tertentu sama ada untuk menggantikannya atau membayar fidyah :

Terjemahannya : “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui ”.


Dijelaskan lagi dalam ayat berikutnya ( al-Baqarah : 185 ) keistimewaan bulan Ramadan yang mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga golongan yang diizinkan untuk berbuka bagi memperlihatkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan umatnya :

Terjemahannya : “ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur ”.


Kemudian Allah S.W.T. meletakkan satu ayat ( al-Baqarah : 186 ) berkenaan dengan doa di tengah-tengah suruhan berpuasa sebagai galakan agar sentiasa mengamalkan doa ketika berpuasa bahkan pada setiap kali berbuka puasa (Ibnu Kathir : 1988 ) :

Terjemahannya : “ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul ”.



Sekali lagi untuk tidak membebankan hamba-hamba-Nya, dalam ayat berikutnya ( al-Baqarah : 187 ) Allah S.W.T. memberikan keizinan sepanjang malam di bulan Ramadan untuk melakukan persetubuhan dengan isteri, makan dan minum hingga terbit fajar. Ayat berkenaan i’tikaf juga dimasukkan dalam ayat ini sebagai galakan untuk melakukan ibadat tersebut di bulan yang mulia ini.



Terjemahannya : “ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan
memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya ”.


Segala pengajaran-pengajaran dan hukum-hukum Allah S.W.T. yang disebutkan di dalam siri-siri ayat yang lalu menerangkan takwa sebagai matlamatnya. Itulah matlamat yang amat besar sebagaimana telah diungkapkan kepada orang-orang yang mengerjakan puasa di permulaan ayat suruhan berpuasa dan dinyatakan sekali lagi pada akhir ayat ini :

Terjemahannya : “Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa ”.


-----------------------------------------------------
Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
-----------------------------------------------------

FALSAFAH HAJI

MENUJU KE JALAN ALLAH
Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.



PENGGUNAAN HARTA
Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.


IBADAH HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.


PENGORBANAN HAJI
Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.

Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.

Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga 29, maksudnya: "Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban.

Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".



--------------------------
Menunaikan zakat
--------------------------

Di antara amalan yang menyempurnakan puasa kaum muslimin di bulan yang penuh barokah ini adalah zakatul fithr. Zakat ini disebut demikian karena ia wajib ditunaikan pada saat kaum muslimin berbuka (menyelesaikan ibadah puasanya di bulan Ramadhan). Oleh karenanya disebut pula sebagai shodaqoh Ramadhan.



Menunaikan Zakat Fithrah

Sebagian para ulama menukilkan ijma’ (kesepakatan) ulama tentang wajibnya menunaikan zakat ini. Dan ini adalah pendapat yang rajih/ kuat meskipun pada kenyataannya ada beberapa ulama yang menyatakan sunnahnya zakat fithri ini. Di antara yang memperkuat pendapat sebagian besar para ulama adalah hadits dari Ibnu ‘Umar Radiyallahu ‘anhu bahwa: “Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam mewajibkan zakat fithri (ketika Ramadhan berakhir) bagi setiap orang merdeka atau budak, lelaki atau perempuan, yang besar maupun kecil dari kalangan muslimin berupa kurma (tamr) atau gandum sebanyak 1 sha’. Dan beliau memerintahkan agar zakat ini ditunaikan sebelum kaum Muslimin keluar menuju lapangan (untuk menunaikan) sholat Ied. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Yang pasti, Allah Ta’ala mensyariatkan ibadah ini karena mempunyai keutamaan dan hikmah yang besar.Maka di antara hikmah dari zakat fithri adalah:

1. Sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, menyempurnakan kekurangan pahala puasanya di bulan Ramadhan oleh karena perbuatan sia-sia/ dosa.

2. Sebagai bentuk rasa syukur yang ditujukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, setelah mampu menyelesaikan ibadah Ramadhan dengan baik.

3. Mempererat ukhuwwah antara kaum muslimin, di mana dengan pemberian zakat ini akan terjalin hubungan yang baik antara dhu’afa dan aghniya. Kaum dhu’afa tak lagi disibukkan dengan kerja keras banting tulang bahkan kadang terpaksa mengemis untuk memperoleh makanan yang akan dimakannya pada saat Idul Fithri. Dengan demikian mereka akan turut bergembira dan merasakan kemenangan di hari tersebut.


Demikianlah di antara hikmah Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dzat yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolani dalam Fathul Baari (III/369) berkata: “Zakat Fithri diwajibkan untuk orang yang berpuasa dan juga orang yang tidak berpuasa sebagaimana hal ini telah diketahui keshahihannya. Demikian pula orang yang baru masuk Islam sesaat sebelum terbenam di hari terakhir bulan Ramadhan, maka ia pun terkena kewajiban menunaikannya.”


Dengan apa zakat fithrah dibayarkan.

Dari hadits di atas kita ketahui bahwa zakat fithri adalah dengan memberikan gandum dan tamr (kurma) seberat 1 sha’. Lalu apakah terbatas hanya pada dua jenis makanan ini? Maka pertanyaan ini akan terjawab dengan hadits marfu’ (sanadnya sampai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam) yang diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudry bahwasanya dia berkata: “Kami dahulu memberikan zakat fithri di masa Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam seukuran 1 sha’ makanan atau 1 sha’ kurma atau 1 sha’ gandum atau 1 sha’ aqith (susu kambing yang dipanaskan hingga berbusa lalu diambil saripatinya dan dibiarkan hingga mengeras) atau 1 sha’ anggur kering.”





No comments:

Post a Comment